Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Thursday, September 6, 2012

SEMUA TENTANG DIA

entry kali ini aku nak post gambar gambar yang boleh mengingatkan aku kepada dia 


sebenarnya ni wayar dawai . masa kitorang overnite dekat putrajaya on 19th November 2011 , aku teman dia study sebab dia ada final exam . time aku dok selongkar pencil case dia , aku terjumpa benda ni . dengan penuh kasih sayang , dia gulung wayar dawai tu sampai jadi bulat macam ni . and then dia sarungkan dekat pergelangan tangan kiri aku . seronok gila aku masa tu sebab aku dapat lihat muka dia penuh gigih buat 'gelang wayar dawai' ni untuk aku :)

ni baby smurf aku . QIBI namanya . aku amik sempena nama dia . mula mula aku letak nama ASYRAF , tapi housemate aku geli nak panggil nama tu . aku beli QIBI on 28th November 2011 dekat One Utama . RM35 . dia nak bayarkan , tapi aku menolak . aku nak beli dengan duit aku sendiri sebab aku yang tergila gila nakkan smurf ni . QIBI ni dah macam anak kitorang dah walaupown dia hanya patung mainan . i love QIBI so much . jangan siapa berani curik dia dari aku .

tiket tiket wayang kami . ada lagi sebenarnya , tapi dah buang . so tinggal 3 ja ada kat aku . first movie kitorang adalah 'AKU BUKAN TOMBOY' . tengok dekat ALAMANDA on 19th November 2011 . tu pown dia yang ajak . movie yang kedua adalah 'PUSS IN BOOTS' dekat SUNWAY PYRAMID on 4th December 2011 . sehari sebelum tu aku dah tengok dengan kengkawan aku , tapi sebab sayang punya pasal , aku sanggop teman dia g tengok lagi sekali . tiket yang ketiga tu adalah tiket  'SNOW WHITE AND THE HUNTSMAN' dekat mall baru , PARADIGM MALL on 30th June 2012 . aku yang ajak dia pegi mall baru tu sebab dah bosan pegi tempat sama ja :) apa pown , terima kasih sebab belanja saya tengok wayang selama ini . dah banyak duit awak habes untuk saya kan ...

tiket masuk ke SUNGAI TEKALA . first time aku pegi situ , terima kasih sebab bawak saya . RM1 seorang . air kat situ sejuk gila . seronok mandi sama sama .


towel kesayangan dia . aku terpikat dengan towel ni masa aku skype dengan dia . aku pelik kenapa dia yang umur 21 boleh pakai towel pokemon . dia cakap dia pakai towel tu dah lama . aku mintak towel tu dari dia dan sekarang ianya kepunyaan QIBI sebab aku balut QIBI dengan towel ni :)

cincin 'couple' . sampai sekarang aku pakai . sampai dah bercalar teruk . disebabkan aku pakai dekat jari manis tangan kiri la , kasih sayang aku dekat dia tak pernah pudar . kan urat jari manis tangan kiri bersambung dengan urat hati ..

keychain ! yang first tu aku buat dekat SUNGAI PETANI . aku simpan yang tertulis nama QIBI (huruf I tercabut) , dia simpan yang tertulis nama RYNN . keychain QIBI ni pernah tercicir dekat tempat pembuangan sampah . aku menangis nangis pergi cari balik sampai dapat . waktu tu memang dia dah terpenyek kena langgar dengan tayar lori sampah . keychain yang kedua tu pulak aku beli dekat One Utama . aku simpan yang lelaki , belakang dia terukir nama NAQIB . dia pulak simpan yang perempuan dan kat belakang terukir nama ERYNN . 

ni hasil karya aku . sebab bosan dalam kelas , aku pown buat la benda ni . tulis nama kitorang , berapa lama dah kitorang berkawan .... walaupown nampak cincai and bodo bodo , tapi ianya sangat bermakna bagi aku sehinggakan aku simpan lagi sampai sekarang ...

frame gambar kitkat . aku beli kitkat , dapat frame . so aku print gambar kitorang and letak dalam tu . belakang dia ada magnet . so aku lekat dalam loker aku . kalau balik rumah , aku letak dekat peti sejuk :)

kayu aiskrim pertama kitorang . seronok makan aiskrim dua dua orang dalam kereta . rasa macam kembali ke zaman kanak kanak . yang atas tu dia punya dan yang bawah tu aku punya . aku akan simpan mereka sebagai kenang kenangan ...

apabila terpandang tiket bas ni , teringat satu kisah lucu . kejadian berlaku pada 15th May 2012 pukul 9.30 malam . aku terlewat sikit ja ke stesen bas , bas tu dah tinggal aku . nasib baik ada dia . kitorang terpaksa kejar bas tu dari shah alam sampai ke klang . last last , bas tu lagi laju dari kitorang sebab kitorang sesat masa nak pergi klang . alamatnya aku kena beli tiket bas baru la . duit dah tak de , tapi dia sangat prihatin menghulurkan sedikit sumber kewangan untuk aku . terima kasih awak . saya tak kan pernah lupa semua jasa awak ...

sekarang ni , hanya serpihan jam tangan ni sahaja yang aku ada . masa aku kerja dulu , aku beli seutas jam tangan untuk dia . aku tempah khas untuk dia . aku hadiahkan kat dia masa anniversary kitorang yang ke satu tahun . aku bagi jam ni masa kitorang betul betul ada kat atas feris wheel di I-CITY . romantik gila saat saat tu . tapi tangan dia kecik sangat . so kena la potong sikit . kitorang pergi potong dekat salah sebuah kedai jam dekat One Utama kalau tak salah . dia suruh aku simpan serpihan ni buat kenangan . awak , jangan risau . saya akan simpan !

resit CIMB BANK . bank dia . masa tu dia keluarkan duit on 13th July 2012 dekat PKNS . aku teringat lagi yang aku teruja gila tengok baki duit dia . banyak seyhhh . dia bagi kat aku , mungkin suruh aku buang . tapi aku nak simpan . kalau boleh , semua benda dari dia aku nak simpan walaupown ianya hanya secebis kertas kosong !

ni bahan bahan masa kitorang pergi ice skating dekat SUNWAY PYRAMID . seronok . first time experience . memang best gila la sampai tak tau nak cakap macam mana . yang dua helai kertas tu , tag untuk masuk dalam tempat tu . yang atas tu aku punya , yang bawah dia punya . dia punya dah koyak , sebab aku tarik . glove and stokin .terngiang ngiang lagi kat telinga aku dia dok berleter sebab aku tak bawak glove and stokin sendiri . bazirkan duit dia ja kena beli baru . aha , comel . bahan bahan ni akan kekal dalam simpanan aku sampai bila bila .

button muka dia ! aku pergi tempah dekat tempat aku . ni modal untuk aku simpan tatkala aku rindukan dia nanti ....

itu sahaja la benda benda yang mengingatkan aku kepada dia . ada lagi benda benda lain yang membuatkan aku teringat kat dia , tapi ianya hanya kenangan dan detik detik bersama . yang tu biarlah aku simpan dalam hati dan fikiran aku sahaja . betapa aku terlalu sayangkan dia ....

ASSALAMUALAIKUM ...

diconteng oleh : KuPutrajayaLim

6 comments:

Anonymous said...

kesiannyer u......da break da kna tinggal knpe nk malukan diri sendiri dengan buat mcm ni...u tau tak u nmpk sgt looser dan nmurah dgn blog kan sume nih...yang bca mmg la bca,tp da respon,is..juz like me..kesian u...kesian minah ni,klaka seyh,..sume bnda nk blog..come on,omg u tak malu ker??grow up babe...

Anonymous said...

kalau kau xthu pape, baik kau jgn komen pape. kau knal ke pkwe dy tu? sbb knp dowg clash? kalau kau xthu pape, u better stay out of this. aku tnya kau ni, looser n murah ke kalau dy nak post pape yg remind her of him even if dowg dh clash?? she love him! org yg looser n busuk hati dan dengki mcm kau je yg kata cmtu la beb. org lain xpun. grow up babe..jgn nk dengki sgt dgn hdup org lain... biar je dy..

Anonymous said...

firstly, takziah... and i really symphathy for what u've gone through.. i sort of agree dgn the first commentator (eventho i x kenal pun sape yang komen tu! hahaha). btw, move on la babe! jgn la tunjuk sgt gila talak u tu, org yg bercerai sah pun pandai cover2 kisah cinta diorg..u je yg lebey2, ntah2 ex-bf u dah aim nak jumpe better girl kat UK tu... =p

Anonymous said...

Ini blog dia, suka hati lah dia nak tulis apa pun. Kalau tak suka, takyah baca. Dia nak gila talak ke, nak loser ke apa ke, dia tak kacau your life pun, so why do you bother about her life. Move on, semua orang nak move on. siapa taknak ? But it's not easy. We should motivate her not down kan dia lagi. Sorry to say, but you guys are immatured.

Anonymous said...

eeuuwww...jijik, geli dan gedik...tolong lah baru setahun kutt..cukup2 lah..pergi cermin diri dulu tau.. x malu ke dkt org2 nk tulis2 mcm ni...

lagi satu..nk pesan ni..jgn suka nk menyusah kan org eh..grow up babe..ko joli katak kemainn lagi..pi sana pi sini..mcm byk duit..pjg langkah ko..bila time susah..senang pula ko mintak2 tolong kt org yg xde kene mengena zaman enjoy ko kan..ni mai dari mana? kulim kan..jgn culture shock sgt tau..org yg membesar kt kl pun x buat perangai mcm ko ni tau!!! terima lah kenyataan yg laki tu dh xnk ko..mungkin ada orgnyg lagi bagus dr ko..dan x segedik ko..sekian terima kasih!!!

Anonymous said...

yess true enough its her blog so its up to her la nak tulis apa kan.
no offense on that. but as a woman we must have our pride. personal is personal and i think its better if u keep it to yourself sudah la. Blog/Facebook/Twitter are too public.
Everyone in this world had or will have their hard time.Even harder that what you have been experienced. The most important thing is how we handle it.
Nak mengadu kat Allah ke nak mengadu kat blog/facebook?Fikirlah sendiri.
Ini sekadar nasihat, supaya dah kawen nanti xde la nak cerita hal rumahtangga kat blog n public.
Not nice n memalukan plus dosa.
Cukup la kisah cinta uols tu uols saje yg tau. Baru clash2 je beb, bukan mati laki lagi ke ape.