Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Tuesday, February 5, 2013

060213

assalamualaikum . dah lama gila rasanya tak bukak blog . sama ada blog ni ataupown blog aku yang lagi satu ; FIELD OF DREAMS . tumpang aku ada masa sedikit ni , rasanya macam nak post la sikit dalam ni biaq blog ni hidup balik . bagi sesiapa yang tak tahu , blog ni blog lama .  blog masa aku masih bersama ex-boyfriend aku . tapi aku malas nak edit2 balik . so biaq ja la macam ni . yang older post pasal kisah kisah lama tu ignore kan saja ya . sayang pulak nak tinggal macam tu ja blog ni . lagipown aku dah lama tak menulis . 

hmmm nak post pasal apa ya kali ni ? oh ya . hari ni 06 FEBRUARI 2013 . hari lahir MOHD NAQIB ASYRAF yang ke 22 tahun . HAPPY BIRTHDAY NAKIP . erynn hanya mampu wish dalam blog ni saja . erynn doakan  nakip berjaya dalam study , dalam kehidupan akan datang dan berbahagia selalu . 

aku harap dia bahagia disamping rakan rakan dia . diharapkan nakip tak lupa lagi tarikh birthday nakip kali ni . emmm nak tulis apa lagi ya ? ha , tarikh hari ni juga menandakan genap setengah tahun yakni 6 bulan kami berdua single . errr dia aku tak berapa nak pasti la . tapi aku memang ya . hahah . errrr jadik blurrr nak post mende sebab dah lama sangat tak berblog nih . cukuplah kot setakat ni . inshaa ALLAH next time kalau ada cerita baru , aku post lagik .

errrr takdak gambaq baru . so masukkan ja la gambaq lama pown . hanya sebagai hiasan blog yang kosong ini .




ASSALAMUALAIKUM

diconteng oleh : KuPutrajayaLim

Thursday, September 6, 2012

SEMUA TENTANG DIA

entry kali ini aku nak post gambar gambar yang boleh mengingatkan aku kepada dia 


sebenarnya ni wayar dawai . masa kitorang overnite dekat putrajaya on 19th November 2011 , aku teman dia study sebab dia ada final exam . time aku dok selongkar pencil case dia , aku terjumpa benda ni . dengan penuh kasih sayang , dia gulung wayar dawai tu sampai jadi bulat macam ni . and then dia sarungkan dekat pergelangan tangan kiri aku . seronok gila aku masa tu sebab aku dapat lihat muka dia penuh gigih buat 'gelang wayar dawai' ni untuk aku :)

ni baby smurf aku . QIBI namanya . aku amik sempena nama dia . mula mula aku letak nama ASYRAF , tapi housemate aku geli nak panggil nama tu . aku beli QIBI on 28th November 2011 dekat One Utama . RM35 . dia nak bayarkan , tapi aku menolak . aku nak beli dengan duit aku sendiri sebab aku yang tergila gila nakkan smurf ni . QIBI ni dah macam anak kitorang dah walaupown dia hanya patung mainan . i love QIBI so much . jangan siapa berani curik dia dari aku .

tiket tiket wayang kami . ada lagi sebenarnya , tapi dah buang . so tinggal 3 ja ada kat aku . first movie kitorang adalah 'AKU BUKAN TOMBOY' . tengok dekat ALAMANDA on 19th November 2011 . tu pown dia yang ajak . movie yang kedua adalah 'PUSS IN BOOTS' dekat SUNWAY PYRAMID on 4th December 2011 . sehari sebelum tu aku dah tengok dengan kengkawan aku , tapi sebab sayang punya pasal , aku sanggop teman dia g tengok lagi sekali . tiket yang ketiga tu adalah tiket  'SNOW WHITE AND THE HUNTSMAN' dekat mall baru , PARADIGM MALL on 30th June 2012 . aku yang ajak dia pegi mall baru tu sebab dah bosan pegi tempat sama ja :) apa pown , terima kasih sebab belanja saya tengok wayang selama ini . dah banyak duit awak habes untuk saya kan ...

tiket masuk ke SUNGAI TEKALA . first time aku pegi situ , terima kasih sebab bawak saya . RM1 seorang . air kat situ sejuk gila . seronok mandi sama sama .


towel kesayangan dia . aku terpikat dengan towel ni masa aku skype dengan dia . aku pelik kenapa dia yang umur 21 boleh pakai towel pokemon . dia cakap dia pakai towel tu dah lama . aku mintak towel tu dari dia dan sekarang ianya kepunyaan QIBI sebab aku balut QIBI dengan towel ni :)

cincin 'couple' . sampai sekarang aku pakai . sampai dah bercalar teruk . disebabkan aku pakai dekat jari manis tangan kiri la , kasih sayang aku dekat dia tak pernah pudar . kan urat jari manis tangan kiri bersambung dengan urat hati ..

keychain ! yang first tu aku buat dekat SUNGAI PETANI . aku simpan yang tertulis nama QIBI (huruf I tercabut) , dia simpan yang tertulis nama RYNN . keychain QIBI ni pernah tercicir dekat tempat pembuangan sampah . aku menangis nangis pergi cari balik sampai dapat . waktu tu memang dia dah terpenyek kena langgar dengan tayar lori sampah . keychain yang kedua tu pulak aku beli dekat One Utama . aku simpan yang lelaki , belakang dia terukir nama NAQIB . dia pulak simpan yang perempuan dan kat belakang terukir nama ERYNN . 

ni hasil karya aku . sebab bosan dalam kelas , aku pown buat la benda ni . tulis nama kitorang , berapa lama dah kitorang berkawan .... walaupown nampak cincai and bodo bodo , tapi ianya sangat bermakna bagi aku sehinggakan aku simpan lagi sampai sekarang ...

frame gambar kitkat . aku beli kitkat , dapat frame . so aku print gambar kitorang and letak dalam tu . belakang dia ada magnet . so aku lekat dalam loker aku . kalau balik rumah , aku letak dekat peti sejuk :)

kayu aiskrim pertama kitorang . seronok makan aiskrim dua dua orang dalam kereta . rasa macam kembali ke zaman kanak kanak . yang atas tu dia punya dan yang bawah tu aku punya . aku akan simpan mereka sebagai kenang kenangan ...

apabila terpandang tiket bas ni , teringat satu kisah lucu . kejadian berlaku pada 15th May 2012 pukul 9.30 malam . aku terlewat sikit ja ke stesen bas , bas tu dah tinggal aku . nasib baik ada dia . kitorang terpaksa kejar bas tu dari shah alam sampai ke klang . last last , bas tu lagi laju dari kitorang sebab kitorang sesat masa nak pergi klang . alamatnya aku kena beli tiket bas baru la . duit dah tak de , tapi dia sangat prihatin menghulurkan sedikit sumber kewangan untuk aku . terima kasih awak . saya tak kan pernah lupa semua jasa awak ...

sekarang ni , hanya serpihan jam tangan ni sahaja yang aku ada . masa aku kerja dulu , aku beli seutas jam tangan untuk dia . aku tempah khas untuk dia . aku hadiahkan kat dia masa anniversary kitorang yang ke satu tahun . aku bagi jam ni masa kitorang betul betul ada kat atas feris wheel di I-CITY . romantik gila saat saat tu . tapi tangan dia kecik sangat . so kena la potong sikit . kitorang pergi potong dekat salah sebuah kedai jam dekat One Utama kalau tak salah . dia suruh aku simpan serpihan ni buat kenangan . awak , jangan risau . saya akan simpan !

resit CIMB BANK . bank dia . masa tu dia keluarkan duit on 13th July 2012 dekat PKNS . aku teringat lagi yang aku teruja gila tengok baki duit dia . banyak seyhhh . dia bagi kat aku , mungkin suruh aku buang . tapi aku nak simpan . kalau boleh , semua benda dari dia aku nak simpan walaupown ianya hanya secebis kertas kosong !

ni bahan bahan masa kitorang pergi ice skating dekat SUNWAY PYRAMID . seronok . first time experience . memang best gila la sampai tak tau nak cakap macam mana . yang dua helai kertas tu , tag untuk masuk dalam tempat tu . yang atas tu aku punya , yang bawah dia punya . dia punya dah koyak , sebab aku tarik . glove and stokin .terngiang ngiang lagi kat telinga aku dia dok berleter sebab aku tak bawak glove and stokin sendiri . bazirkan duit dia ja kena beli baru . aha , comel . bahan bahan ni akan kekal dalam simpanan aku sampai bila bila .

button muka dia ! aku pergi tempah dekat tempat aku . ni modal untuk aku simpan tatkala aku rindukan dia nanti ....

itu sahaja la benda benda yang mengingatkan aku kepada dia . ada lagi benda benda lain yang membuatkan aku teringat kat dia , tapi ianya hanya kenangan dan detik detik bersama . yang tu biarlah aku simpan dalam hati dan fikiran aku sahaja . betapa aku terlalu sayangkan dia ....

ASSALAMUALAIKUM ...

diconteng oleh : KuPutrajayaLim

Friday, July 27, 2012

50 THINGS BOYZ WISH GURLZ KNEW .

adala aku baca 1 majalah ni . dia ada tulis tentang 50 things boyz wish gurlz knew . setelah diamat amati , ada yang aku setuju and ada jugak yang tak . 





antara perkara perkara yang aku setuju :

  • seharian bermain video games . boyz merasakan ianya lebih baik daripada membuat aktiviti tidak berfaedah diluar rumah .
  • suka tidur lewat sebab online ataw main games . (dulu naqib tak macam ni , sejak sejak dia menganggur ja jadi macam ni)
  • tak amik taw pasal gosip selebriti selebriti terkini.
  • seluar jeans nya dicuci 2 minggu sekali (tapi aku asa naqib sebulan sekali kot)
  • kadang kadang seharian tak menelefon ataw SMS si gurlz .
  • tak ada twitter .
  • tak amik taw zodiak si gurlz (aku pown tak pernah kesah pasal zodiak ni , kan ke syirik)
  • selera muziknya jauh berbeza dengan si gurlz .
  • suka hang out dengan kengkawannya pada hujung minggu (tapi selalunya hujung minggu tu untuk aku , kengkawan hari tak hujung , haha)
  • langsung tak rasa simpati bila si gurlz menangis bila tengok cerita korea (memang la tak sebab aku minat korea pown tak)
  • meluat dengan boy band yang si gurlz puja puja (contoh terbaik , KHENOBU)
  • jarang ataw tak pernah langsung buat suprise .
  • selalunya dia akan meminta si gurlz memilih tempat dating (setujuuuuuuuuu , sampai dah botak aku fikir)
  • bersikap protektif (wahhhh sangat)
  • tak berapa kisah kalau rambutnya nampak kusut (thats why aku suka serabut serabut kan)
  • hanya ada beberapa seluar jeans (aku tak sure sangat , sebab aku tak jaga wardrobe dia)
  • tak suka berbual lama lama ditelefon .
  • tak pernah memuji si gurlz depan kawan kawan nya .
  • merungut kalau si gurlz berdandan lama lama .
  • tidak mengajak si gurlz kalau mahu menonton konsert (dia memang tak suka konsert)
  • tidak menganggap sambutan Valentine itu penting (dah nama pown haram)
  • biliknya bersepah .
  • tidak mahu diajak pakai baju couple :'(
  • membebel kalau si gurlz keluar dengan memakai seksi jika bukan dengannya (tak pernah pakai seksi pown)



antara perkara perkara yang aku tak setuju :


  • pakaiannya tak terurus .
  • addicted pada gadget dan teknologi teknologi baru .
  • bila pakai kasut , tak suka pakai stoking .
  • kurang peka tentang perasaan si gurlz (dia sangat penyayang okay , tak kan pernah membiarkan ku kecewa)
  • walaupown sudah lusuh , dia tetap bangga menggayakan jersi pasukan bola sepak kegemaran nya (dia tak minat bola)
  • portion makanannya macam orang yang tak makan 2 hari (okay ja aku tengok)
  • tak merawat kukunya (selalu ja mintak nail clipper kat aku)
  • sanggup seharian menghabiskan waktu di bengkel (errrr laki aku bukan mekanik)
  • duitnya banyak dihabeskan dengan membeli aksesori kereta (banyak habes untuk aku adala)
  • sangat update dengan teknologi teknologi baru .
  • lupa tarikh anniversary and tarikh birthday si gurlz (dulu ya , sekarang tidak lagi)
  • tak berhenti bercerita tentang filem aksi yang baru selesai ditontonnya 
  • bajunya berkedut seperti tidak diseterika (tak pernah aku nampak berkedut pown)
  • marah kalau si gurlz tak berhati hati bermain dengan action figurenya (aku tak pernah main)
  • perutnya buncit (kempis okay)
  • suka menyimpan koleksi komik (terbalik dengan aku rasanya)
  • memilih untuk memakai seluar pendek bila keluar (ohtidak.com , dia tak suka)
  • geli dengan binatang peliharaan si gurlz (dia tak cakap pown dia geli)
  • jarang mencuci muka kalau mandi (dialah yang paling rajin cuci muka)
  • selalu memberi alasan bila si gurlz ajak berjumpa parents (okay ja)
  • hari minggu , kalau tak da date , dia akan bangun lewat (dia akan bangun awal dari aku)
  • selalu bergurau kasar dengan kawannya , tapi kalau dengan si gurlz , lembut ja (laki aku sentiasa sopan santun , tak kira la dengan siapa pown)
  • tidak bersikap romantik di depan kawannya (romantik ja aku asa)
  • lebih mementingkan adek beradik nya berbanding si gurlz (aku tak pernah asa macam tu)
  • bila dengan si gurlz , dia akan bersikap manja dan kebudak budakkan (matang derrr)
  • mendiamkan diri saat si gurlz merajuk (ohtidak.com , dia akan pujuk aku sampai aku gelak terbahak bahak , he's the best !) 

ASSALAMUALAIKUM .


diconteng oleh : KuPutrajayaLim