Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Friday, July 13, 2012

ASAM GARAM

memang lumrah la asam garam adalah sesuatu hubungan kan ? begitu jugak dengan hubungan kami berdua yang baru berusia setahun ni . yang pelik nya hubungan aku sekarang dengan hubungan hubungan aku yang lepas adalah , aku dan naqib jarang bergaduh . boleh dikatakan happy sentiasa . 

sekali sekali , bila direnung renung , aku syukur gila la sebab aku dapat kenal orang macam naqib sebab dia ni jenis cool , xmudah melenting , mempunyai tahap kesabaran yang sangat tinggi mengalahkan aku , penyayang , pandai buat muka comel dll . 

tapi bila sesekali kami bergaduh tu , terasa sentap la jugak hati ni . rasa macam kalau boleh selesai cara baik , memang nak sangat . aku pulak sejak kenal dengan si naqib ni , aku ada belajar benda baru iaitu , asal ada masalah ja , mesti aku akan ajak dia jumpa ataupown orang putih selalu kata 'face to face'. dengan cara ini akan dapat menjimatkan kredit henpon . ceh xdak la . kalau dah jumpa tu , rasa kasih sayang tu erat . boleh luahkan perasaan beserta dengan ekspresi muka sekali . baru la penuh perasaan .

tapi kalau boleh , mulakan dengan suara yang lembut . kalau first first tu dah tengking sampai bergegaq keta , alamatnya balik jalan kaki la naty weh . haha . seelok eloknya bincang elok elok . kalau dah emosi tu xtertahan sangat sampai terkasar and tertinggi suara sikit , aku rasa benda tu still boleh dimaafkan . ya la kan , nama pown ada masalah , kalau rilek ja dari mula sampai habes , memang bukan masalah la nama nya tu . kalau boleh , cuba letak diri dalam keadaan dia and suh dia jugak letak diri dia dalam situasi kita and selami perasaan masing masing . yang paling penting ego tolak tepi . ego tu penyibuk besar dalam hidup manusia . bagi masa untuk sorang sorang bercakap . kalau dah dua dua orang nak cakap dalam satu masa sapa yang nak dengar kan ? kawal perasaan . jangan over sebab tu akan menimbulkan perasaan meluat daripada pihak pasangan . be yourself . terus terang segalanya supaya xdak lebihan lebihan yang terpendam dahtu dok xpuas hati sorang sorang naty . 

dengan cara itu , aku yakin masalah tu akan selesai jugak sedekit demi sedikit . sebab manusia semua dikurniakan hati dan akal fikiran . kita bukannya buta hati and xdak fikiran nak bezakan yang mana betul and mana yang salah . kalau kita salah , kita minta maaf . kalau dia salah kita bagitaw dia sebab mungkin dia xperasan yang dia dah terbuat salah . lama lama masing masing terdiam and hati akan rasa macam kasih sayang tu makin utuh sebab secara xsedar kedua dua belah pihak sedaya upaya berusaha berhujah untuk menegakkan apa yang benar and apa yang salah yakni mereka sedang berusaha untuk memulihkan hubungan yang dah retak sikit tu . nampak tak kaitannya disitu ? 

kasih sayang tu , dia datang dengan sendiri . dahtu kita kena la rajin semai tiap tiap hari . jangan biar layu . kalau rasa dia nak layu , kita boh baja , kita siram . lama lama mekar la balik . 

okay , dah penat berhujah . sekian . 





ASSALAMUALAIKUM .

diconteng oleh : KuPutrajayaLim

1 comment:

farah nabila said...

wow...aku suka perenggan yg terakhir tu =D